Monday, June 11, 2018

rebung buluh madu

hujan berapa minggu lepas menyebabkan rebung keluar dengan banyaknya. ada 10 rumpun buluh yang ana tanam berapa puluh tahun yang lalu. bila jadi rebung ana akan ambil, kupas dan rebus lalu disimpan dalam peti sejuk. memang banyak sangat sampai tak termakan pulak. ada ketikanya ana berika kepada jiran-jiran.. memang sedap rebung bila dibuat kari bersama daging, ada kalanya ana buat sambal tumis rebung bersama udang. rebung juga boleh dibuat acar buah bersama dengan buah2an yang lain. ada juga rebung dibuat   masak lemak bersama daun cekur manis.ana juga membuat rebung masam untuk dijadikan ulam. adakalanya ana  membuat halwa rebung lalu ana paketkan dijual secara online. berminat boleh wsp 0162447507.ana ni memang tak reti duduk diam. macam2 ana nak buat. ana tak nak lepaskan peluang jika ana berkesempatan. selagi ana boleh bekerja dan ada kudrat, selagi itu ana akan buat apa yang terdaya. mungkin suatu hari,ana sudah ditakdirkan tidak lagi berdaya dan tidur di tempat tidur, pada masa itu ana telah melakukan sesuatu dan serba serbi kerna mencuba dan ana akan rasa puas kerana telah mencuba sesuatu dalam hidup.

Image result for gambar rebung buluhImage result for gambar rebung buluh

boleh dapatkan rebung segar yang belum direbus, yang telah direbus, yang telah dijerukkan. harga cuma rm3.50 - rm7.00 tak termasuk pos. rebung fresh dari ladang.



resepi masakan rebung yang ana selalu masak di rumah.anda boleh cuba

gulai rebung

1 kg ayam kampung/ayam daging/daging lembu

rempah kari ayam
halia
kerisik
serai
lengkuas
bunga lawang
bunga cengkih
kayu manis
santan
bawang putih
bawang merah
rebung

cara2nya
perap ayam/daging/ dengan sebungkus kecil rempah kari selama beberapa minit
blend serai, lengkuas, bawang merah , halia dan masukkan dlm rempah td
potong/tumbuk bawang putih untuk menumis bersama bunga lawang, bunga cengih dan kayu manis
diatas dapur , masukkan minyak dalam periuk , tumis bawang putih dan bunga lawang , kayu manis dan bunga cengkih sampai naik wangi. masukkan rempah dan yam/daging perap tadi. kacau sampai pecah minyak dan wangi.
bila dah pecah minyak masukkan santan. pastikan api tidak terkalu kuat. rebung yang telah di racik tadi dimasukkan ke dalam santan yang telah mendidik. masukkan kerisik. masukkan garam. dan sedikit serbuk perasa. bila dah masak tutup api.
Image result for gambar rebung buluhpinjam gambar dr blog org lain sebab ada masalah bila nak upload gambar dari laptop.

acar rebung

bahan2
cabai kering,bawang merah,
cuka 
gula
garam
serbuk jintan manis
buah kurma
bijan goreng
rebung yang dipotong
gula kabung
minyak

cara2nya
cabai kering diblend dengan bawang sampai halus
masukkan minyak dlm kuali dan tumis cabai kering tadi yg diblend sampai naik minyak
masukkan garam , gula, sedikit perasa.
bila dah naik minyak, masukkan air lebih kurang 1 gelas. masukkan cuka setengah cawan
masukkan rebung, buah2an ikut suka, masukkan gula kabung, buah kurma yang di mesin
atas dapur yang lain goreng bijan sampai perang, tabur masuk dalam acar yadi. biladah masak. tutup api. bila sejuk masukkan dalam balang dan simpan. peringatan ,minyak kena banyak untuk pastikan acar tidak berkulat.
Image result for acar rebung

masak lemak rebung dengan daun asin2/cekur manis

santan
bawang besaq
cabai hidup/besaq
garam
gula
daun asin2
rebung potong nipis
udang 
suun
 
rebus santan
masukkan bawang dengan cabai hidup/cabai besaq
bila dah mendidih, masukkan rebung, udang
masukkan garam dan gula dan daun asin2
api jgn terlalu kuat nanti meruap terap ke tanah
bila dah masak tambah suun/tanghun


Friday, October 6, 2017

HERBA DAN ANAK BENIH UNTUK DIJUAL

ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA.
SAYA ADA MEMBEKALKAN/MENJUAL  PELBAGAI JENIS HERBA UNTUK MERAWAT PELBAGAI JENIS PENYAKIT..BENIH JUGA TURUT DIJUAL. BOLEH WSP 0162447507


HERBA KUNYIT PUTIH





HERBA KEMAN AIR

HERBA TEMULAWAK

HERBA KANTAN

HERBA LENGKUAS KECIL/BESAR/SEDERHANA

HERBA MALBERI

HERBA KERIANG MATA ITIK

HERBA  JENJUANG

HERBA TELINGA KERA

HERBA LIMAU LEMON

HERBA LIMAU TELUR BUAYA

HERBA HELICONIA SEPIT KETAM


HERBA PECAH BELING

HERBA POKOK AFRIKA

HERBA PETAWALI


HERBA MELUR BESAR


HERBA CEKUR HITAM/HIJAU



HERBA PERIA PANTAI

Thursday, March 2, 2017

HANDBAG 2017.WSP 0162447507-PN SAL

RM80.00 

RM80.00 WSP 0162447507

RM80.00 WSP 0162447507

RM80.00 WSP 0162447507

RM80.00 WSP 0162447507

RM80.00 WSP 0162447507

RM80.00 WSP 0162447507

RM80.00 WSP/  0162447507

RM80.00 WSP 0162447507

RM80.00 WSP 0162447507





Tuesday, January 26, 2016

sambal hitam belimbing buluh dan acar limau serta acar buah-buahan

hari ini ana telah memasak buah belimbing buluh. memang lebat belimbing buluh hasil dari pokok yang ana tanam berapa puluh tahun yang lalu. buahnya berwarna putih bukan hijau. ana kumpul dan basuh kemudian rebus selama 5 jam. cara merebus belimbing buluh ialah dengan cara membiarkan buah belimbing mengeluarkan air rwbusannya sendiri. memang wangi bangat . ana bercadang untuk untuk membuat sambal hitam belimbing buluh. beberapa hari yang lalu ana dah cuba buat sebelanga, ya allah sedapnya sambal hitam tu sedap tak terkata. tambah2 pulak makan sambal tu dengan nasi yang panas. tak perlu lauk lain hanya makan sambal hitam belimbing buluh yang diletakkan ikan bilis. ok di sini ana letakkan resepi cara memasak belimbing dahulu.
langkah 1
1. kumpul belimbing dalam periuk
2. asingkan tangkai
3. basuh dan tapis
4. masukkan dalam periuk.
5. rebus jangan diletakkan air kerana buah belimbing akan mengeluarkan air rebusannya sendiri
6. rebus selama 5 jam sampai warnanya bertukar dari merah ke hitam
7. tutup api dan sejukkan
8.simpan sehingga nak guna

sambal hitam
1. ambil secekak cili api. suka pedas letak banyak cili lagi kick
2. beberapa ulas bawang merah.ikut suka nak sedap lagi banyak
3.minyak masak
4. ikan bilis sekilo
5. garam secukup rasa
6. gula

langkah
1. blend cili api dengan bawang merah sampai hancur
2.masukkan minyak agar biji cili hancur
3.setelah selesai blend, masukkan minyak dalam kuali
4. tumis cili yang diblend tadi sampai naik wangi, masukkan garam, gula dan aji sedikit
5. goreng sampai naik minyak
6. sementara menunggu sambal naik minyak, blend ikan bilis sampai separa hancur
7.bila sambal dah naik minyak masukkan ikan bilis, air, asam belimbing yang direbus sebelumnya
8. kacau sehingga kering, jangan bagi ada air sikit pun
9. simpan di tempat yang kering.
Image result for imej sambal hitam belimbing buluh
belimbing yang direbus 5 jam
10. makan bersama nasi yang panas...eeeeeemmmmmmmmmmm sedap

gambar pinjam
selamat mencuba.sapa nak boleh tempah....100g/RM8.00 tidak termasuk postage.

Sunday, October 11, 2015

BELACAN TANJUNG DAWAI...BELACAN PALING SEDAP

kepada mereka yang di luar sana tentu tercari2 belacan untuk dibuat sambal....belacan ada pelbagai jenis belacan bukan semua belacan sedap. Tambah2 tinggal di KL, memang payah sangat cari belacan yang betul2 sedap......nak belacan sedap, contact kak mah.....0125769091/wsp 016 2447507

belacan ni memang sedap.....kalau tak cuba tak tau.......makan nasi sepinggan dengan sambal belacan sampai mak mertua lalu tak perasan........

boleh dibeli dalam bentuk ketul.....

 gambar belacan yang tidak dibungkus....

gambar belacan yang ditempah oleh pelanggan. sejak menggunakan belacan ini, ramai pelanggan trestoren bertambah dan tempahan belacan juga sentiasa meningkat


pekasam ikan lampam boleh juga dipesan. memang sedap dan tidak masin....perniagaan ini mendapat permintaan ramai. sekilogram rm25.00. berminat boleh wsp no ini 0162447507


kaedah pembungkusan.




ssalamualaikum salam sejahtera. bersyukur kita kepada illahi kerana mendapat anugerah kesihatan yang tidak ternilai jika dibanding dengan wang ringgit. alhamdulillah juga bersyukur kepada allah kerana allah memberiku nafas untuk membantu hamba2 allah yang kurang bernasib baik. ada orang tertwakan diri ini kerana menganggap menjual belacan adalah hina, tapi bg diri ini  menjual belacan, diri ini dapat menolong golongan bumiputera luar bandar yang kurang bernasoib baik. Mak cik yang kukenali lebih kurang berumur 70 anyang mengidap sakit jantung , anaknya yang perempuan juga seorang balu kematian suami, mempunyai anak yang ramai dan salah seorangnya oku..sanggupkah diri ini melihat mereka dalam keadaan susah.diri ini mungkin allah beri kelebihan untuk menolong orang dan tuut merasai penderitaan orang lain.semoga allah juga menolongku ke jalan yang benar jalan yang diredhoi..sama2lah kita membantu orang memerlukan......

Tuesday, March 17, 2015

MESIN PROSES BULU AYAM

hari ini dah tercapai cita2ku untuk membeli sebuah mesin proses bulu ayam. Lama dah aku mencari2. Banyak laman web mengenai mesin aku jengahi. tapi kunjungan aku ke taman pulau nyior tadi menyebabkan aku tidak berfikir panjang. aku terus ja membeli mesin tersebut. Memang sukar memproses ayam itik secara manual dan tradisional. Permintaan ayam kampung dan itik proses terbantut seketika memandangkan aku tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan.Bila ada mesin ini, aku tidak lagi perlu memproses secara manual. Gambar akan dimasukkan kemudian
ingat nak upload mesin...pi upload gambar ayam itik pulak.....Tak berani nak iklan kat sini..bela ayam itik untuk area kubang pasu saja...tak sempat nak buat projek besar2an sebab banyak masa di tempat kerja...bela ayam itik petang2 ja..../ dah beli mesin tu harganya rm1500.00