Tuesday, January 26, 2016

sambal hitam belimbing buluh dan acar limau serta acar buah-buahan

hari ini ana telah memasak buah belimbing buluh. memang lebat belimbing buluh hasil dari pokok yang ana tanam berapa puluh tahun yang lalu. buahnya berwarna putih bukan hijau. ana kumpul dan basuh kemudian rebus selama 5 jam. cara merebus belimbing buluh ialah dengan cara membiarkan buah belimbing mengeluarkan air rwbusannya sendiri. memang wangi bangat . ana bercadang untuk untuk membuat sambal hitam belimbing buluh. beberapa hari yang lalu ana dah cuba buat sebelanga, ya allah sedapnya sambal hitam tu sedap tak terkata. tambah2 pulak makan sambal tu dengan nasi yang panas. tak perlu lauk lain hanya makan sambal hitam belimbing buluh yang diletakkan ikan bilis. ok di sini ana letakkan resepi cara memasak belimbing dahulu.
langkah 1
1. kumpul belimbing dalam periuk
2. asingkan tangkai
3. basuh dan tapis
4. masukkan dalam periuk.
5. rebus jangan diletakkan air kerana buah belimbing akan mengeluarkan air rebusannya sendiri
6. rebus selama 5 jam sampai warnanya bertukar dari merah ke hitam
7. tutup api dan sejukkan
8.simpan sehingga nak guna

sambal hitam
1. ambil secekak cili api. suka pedas letak banyak cili lagi kick
2. beberapa ulas bawang merah.ikut suka nak sedap lagi banyak
3.minyak masak
4. ikan bilis sekilo
5. garam secukup rasa
6. gula

langkah
1. blend cili api dengan bawang merah sampai hancur
2.masukkan minyak agar biji cili hancur
3.setelah selesai blend, masukkan minyak dalam kuali
4. tumis cili yang diblend tadi sampai naik wangi, masukkan garam, gula dan aji sedikit
5. goreng sampai naik minyak
6. sementara menunggu sambal naik minyak, blend ikan bilis sampai separa hancur
7.bila sambal dah naik minyak masukkan ikan bilis, air, asam belimbing yang direbus sebelumnya
8. kacau sehingga kering, jangan bagi ada air sikit pun
9. simpan di tempat yang kering.
Image result for imej sambal hitam belimbing buluh
belimbing yang direbus 5 jam
10. makan bersama nasi yang panas...eeeeeemmmmmmmmmmm sedap

gambar pinjam
selamat mencuba.sapa nak boleh tempah....100g/RM8.00 tidak termasuk postage.