hujan berapa minggu lepas menyebabkan rebung keluar dengan banyaknya. ada 10 rumpun buluh yang ana tanam berapa puluh tahun yang lalu. bila jadi rebung ana akan ambil, kupas dan rebus lalu disimpan dalam peti sejuk. memang banyak sangat sampai tak termakan pulak. ada ketikanya ana berika kepada jiran-jiran.. memang sedap rebung bila dibuat kari bersama daging, ada kalanya ana buat sambal tumis rebung bersama udang. rebung juga boleh dibuat acar buah bersama dengan buah2an yang lain. ada juga rebung dibuat masak lemak bersama daun cekur manis.ana juga membuat rebung masam untuk dijadikan ulam. adakalanya ana membuat halwa rebung lalu ana paketkan dijual secara online. berminat boleh wsp 0162447507.ana ni memang tak reti duduk diam. macam2 ana nak buat. ana tak nak lepaskan peluang jika ana berkesempatan. selagi ana boleh bekerja dan ada kudrat, selagi itu ana akan buat apa yang terdaya. mungkin suatu hari,ana sudah ditakdirkan tidak lagi berdaya dan tidur di tempat tidur, pada masa itu ana telah melakukan sesuatu dan serba serbi kerna mencuba dan ana akan rasa puas kerana telah mencuba sesuatu dalam hidup.
boleh dapatkan rebung segar yang belum direbus, yang telah direbus, yang telah dijerukkan. harga cuma rm3.50 - rm7.00 tak termasuk pos. rebung fresh dari ladang.
resepi masakan rebung yang ana selalu masak di rumah.anda boleh cuba
gulai rebung
1 kg ayam kampung/ayam daging/daging lembu
rempah kari ayam
halia
kerisik
serai
lengkuas
bunga lawang
bunga cengkih
kayu manis
santan
bawang putih
bawang merah
rebung
cara2nya
perap ayam/daging/ dengan sebungkus kecil rempah kari selama beberapa minit
blend serai, lengkuas, bawang merah , halia dan masukkan dlm rempah td
potong/tumbuk bawang putih untuk menumis bersama bunga lawang, bunga cengih dan kayu manis
diatas dapur , masukkan minyak dalam periuk , tumis bawang putih dan bunga lawang , kayu manis dan bunga cengkih sampai naik wangi. masukkan rempah dan yam/daging perap tadi. kacau sampai pecah minyak dan wangi.
bila dah pecah minyak masukkan santan. pastikan api tidak terkalu kuat. rebung yang telah di racik tadi dimasukkan ke dalam santan yang telah mendidik. masukkan kerisik. masukkan garam. dan sedikit serbuk perasa. bila dah masak tutup api.
pinjam gambar dr blog org lain sebab ada masalah bila nak upload gambar dari laptop.
acar rebung
bahan2
cabai kering,bawang merah,
cuka
gula
garam
serbuk jintan manis
buah kurma
bijan goreng
rebung yang dipotong
gula kabung
minyak
cara2nya
cabai kering diblend dengan bawang sampai halus
masukkan minyak dlm kuali dan tumis cabai kering tadi yg diblend sampai naik minyak
masukkan garam , gula, sedikit perasa.
bila dah naik minyak, masukkan air lebih kurang 1 gelas. masukkan cuka setengah cawan
masukkan rebung, buah2an ikut suka, masukkan gula kabung, buah kurma yang di mesin
atas dapur yang lain goreng bijan sampai perang, tabur masuk dalam acar yadi. biladah masak. tutup api. bila sejuk masukkan dalam balang dan simpan. peringatan ,minyak kena banyak untuk pastikan acar tidak berkulat.
masak lemak rebung dengan daun asin2/cekur manis
santan
bawang besaq
cabai hidup/besaq
garam
gula
daun asin2
rebung potong nipis
udang
suun
rebus santan
masukkan bawang dengan cabai hidup/cabai besaq
bila dah mendidih, masukkan rebung, udang
masukkan garam dan gula dan daun asin2
api jgn terlalu kuat nanti meruap terap ke tanah
bila dah masak tambah suun/tanghun